Skip to main content

Mengapa entik Rohingya dibunuh dan hak mereka dinafikan?

Mengapa entik Rohingya dibunuh dan hak mereka dinafikan? Untuk memahami apa sebenarnya yang berlaku di kepada etnik minoriti ini, mari kita menelusuri sejarah etnik Rohingya.

Mengenali etnik Rohingya di Myanmar

  • Etnik Rohingya adalah satu kumpulan etnik minoriti beragama Islam di utara Negeri Rakhine yang terletak di Barat Burma. Menerusi pelbagai kajian sejarah serta ilmiah yang dilakukan, telah mencatatkan bahawa umat Islam Rohingya merupakan penduduk asal Rakhine yang membentuk gugusan besar Arakan yang terletak berhampiran sempadan Bangladesh.

  • Populasi etnik Rohingya kebanyakannya tertumpu di dua buah bandar di utara Negeri Rakhine, Myanmar yang dahulunya dikenali sebagai Arakan.

  • Etnik Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.

  • Sultan Mahmood merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu adalah seorang etnik Rohingya yang kaya dan berpengaruh, dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Islam Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Selain itu, Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.

Punca kezaliman dan penindasan etnik Rohingya

  • Krisis kemanusiaan yang  dialami umat Islam Rohingya pada ketika ini berlaku sejak 1938 apabila dilaporkan seramai 30,000 orang muslim etnik ROhingya telah dibunuh (26 Julai 1938). Tragedi yang sama juga berulang pada tahun 1942, 1968, 1992, 2012 dan sehingga kini.

  • Sehingga kini, dilaporkan seramai  1 juta umat Islam Rohingya telah menjadi pelarian di seluruh dunia (termasuk di Malaysia) manakala seramai 2 juta umat Islam Rohingya masih berada di Arakan.

  • Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba MuslimRohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

  • Sejak ‘Burma Citizenship Law’ diluluskan, anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang  ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya.

  • Tambah menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai diantara mereka yang ditindas, didiskriminasi,  dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja,  malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan yang ingin mereka dapatkan.

  • Tambah memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran agamanya.

  • Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi, Thailand dan Malaysia.

Fakta pencabulan hak asasi manusia dan bukti penindasan

  • Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Myanmar mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian yang tidak masuk akal; penyitaan tanah, pengusiran paksa dan pemusnahan rumah dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Etnik
    Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu.


  • Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 etnik Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Myanmar. Secara rasmi kempen ini mensasarkan “pemeriksaan” setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram. Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran.

  • Antara tahun 1991-1992, satu gelombang baru etnik Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Etnik Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Myanmar di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, yang lazimnya dalam keadaan yang sangat teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan Myanmar.

  • Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang etnik Rohingya dibunuh.

  • Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan, pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaiki mana-mana Masjid, ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

  • Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memiliki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memiliki telefon bimbit.

  • Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 orang di Thailand, 150,000 di Pakistan, 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat daif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Baca juga :

Comments

Popular posts from this blog

Full Episode Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman. Sinopsis (versi novel) Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. Tonton onlin...

Full Episode Drama Biar Aku Jadi Penunggu lakonan Janna dan Ashraf

Terbaru drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula Isnin minggu depan (26 Disember 2016). Drama 28 episod ini diterbitan Saphire Screen dan arahan oleh Michael Ang. Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Dami...

Telemovie Jatuh Cinta Buta lakonan Zara Zya dan Redza Rosli

Telefilem Jatuh Cinta Buta bertema komedi romantik ini berkisar tentang perkenalan singkat di antara Zulin, seorang gadis yang tidak pernah bercinta, dengan Izlan, seorang duda dalam satu 'blind date' yang diaturkan oleh Nadya Ramanshah. Video JCButa Terbitan Zeel Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Fadzil Teh (Hj Zil) dan skrip Syarifah Kirana.   Tonton video promo