Drama bersiri terbaru Ainur Mardhiyah ini akan bersiaran di TV9, slot Azalea mulai 22 November 2016. Terbitan Creative Skill Solution, arahan Zamri Zakaria yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Sura Sojangi, Zahiril Adzim, Niezam Zaidi, Khaty Azean, Delimawati, Zaryn Min, Rahim Kidol dan Ramli Saleh.
Sinopsis Drama Ainur Mardhiyah
Perlukah seseorang itu dihina dan dicaci jika dilahirkan tanpa mengetahui asal usulnya? Itulah yang terjadi kepada seorang gadis bernama Ainur Mardhiyah yang tidak pernah berjumpa dengan orang tuanya. Ainur Mardhiyah atau lebih dikengli sebagai Dhiya, dibesarkan oleh nenek dan datuknya kerana ditinggalkan ibu.
Penduduk-penduduk kampung halamannya memandang hina dan tidak menyukainya. Dhiya hanya mempunyai dua sahabat baik, Saiful dan Kiflie yang sentiasa berada di sampingnya. Saiful sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Dhiya.
Malangnya Dhiya kehilangan kedua-dua nenek dan datuknya yang terlibat dengan kemalangan. Sejak hari itu, Dhiya terasa kekosongan kerana tidak mempunyai sesiapa lagi dalam hidupnya.
Setelah tamat SPM, Dhiya nekad untuk meninggalkan kampungnya tanpa memberitahu sesiapa dan mencari ibu kandungnya di KL. Dhiya berpisah dengan sahabat-sahabatnya.
Untuk meneruskan kehidupan, Dhiya terpaksa bekerja separuh masa untuk menyambung pelajarannya di universiti. Pada suatu hari, Dhiya dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh Aina. Aina membawa Dhiya ke klinik untuk dirawat.
Mereka berbual dan menjadi semakin rapat apabila mengetahui tempat mereka belajar adalah sama. Aina mengetahui tentang Dhiya dan menawarkannya untuk bekerja di butik pakaian milik ibunya. Dhiya sangat bersyukur kerana boleh mencari rezeki untuk meneruskan kehidupannya.
Sekali lagi, dugaan menimpa Dhiya. Dia disabotaj oleh Kak Lin, pekerja di butik ibu Aina. Pelbagai tomahan dan cabaran sepanjang dia bekerja di situ.
Dhiya terkejut apabila pertama kali berjumpa dengan ibu Aina, Ainul Mardhihah (Mar) yang sebenarnya merupakan ibu kandungnya. Mar termakan hasutan pekerjanya dan tidak mempunyai tanggapan baik terhadap Dhiya.
Berjayakah Dhiya bersatu dengan ibunya selepas mengharungi pelbagai cabaran hidup? Dhiya ditemukan dengan Saiful dan Kiflie selepas 4 tahun. Persahabatan mereka bertiga bakal diuji apabila Saiful dan Kiflie ingi memenangi hati Dhiya.
Tengok full episode drama Ainur Mardhiyah dengan klik link dibawah.
Senarai Episod : Ainur Mardhiyah
Episod 1 hingga Episod 20
Ainur Mardhiyah Episode 1
Ainur Mardhiyah Episode 2
Ainur Mardhiyah Episode 3
Ainur Mardhiyah Episode 4
Ainur Mardhiyah Episode 5
Ainur Mardhiyah Episode 6
Ainur Mardhiyah Episode 7
Ainur Mardhiyah Episode 8
Ainur Mardhiyah Episode 9
Ainur Mardhiyah Episode 10
Ainur Mardhiyah Episode 11
Ainur Mardhiyah Episode 12
Ainur Mardhiyah Episode 13
Ainur Mardhiyah Episode 14
Ainur Mardhiyah Episode 15
Ainur Mardhiyah Episode 16
Ainur Mardhiyah Episode 17
Ainur Mardhiyah Episode 18
Ainur Mardhiyah Episode 19
Ainur Mardhiyah Episode 20
Ainur Mardhiyah Episode 2
Ainur Mardhiyah Episode 3
Ainur Mardhiyah Episode 4
Ainur Mardhiyah Episode 5
Ainur Mardhiyah Episode 6
Ainur Mardhiyah Episode 7
Ainur Mardhiyah Episode 8
Ainur Mardhiyah Episode 9
Ainur Mardhiyah Episode 10
Ainur Mardhiyah Episode 11
Ainur Mardhiyah Episode 12
Ainur Mardhiyah Episode 13
Ainur Mardhiyah Episode 14
Ainur Mardhiyah Episode 15
Ainur Mardhiyah Episode 16
Ainur Mardhiyah Episode 17
Ainur Mardhiyah Episode 18
Ainur Mardhiyah Episode 19
Ainur Mardhiyah Episode 20
Saksikan kesudahan drama Ainur Mardhiya 20 episod ini selepas Amsyar bermula pada Selasa minggu hadapan.
Comments
Post a Comment