Skip to main content

Etnik Rohingya hidup dalam kekejaman & kezaliman

KUALA LUMPUR: Pas berkata, Myanmar yang baru hidup untuk menegakkan pemerintahan negara sedang mendirikannya dengan menggadai nyawa dan darah manusia tanpa hak.
Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  tindakan membunuh, menyeksa jasad, mencabul maruah, mengusir dari kediaman dan enggan mengiktiraf kerakyatan penduduk asal, meletakkan pemerintahan Myanmar di luar batas ketamadunan
Beliau berkata, dalam satu kenyataan, perlakuan jenayah, zalim, purba dan melampaui perikemanusiaan dilakukan ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di negara itu, tidak mungkin dapat disembunyikan daripada pengetahuan dunia yang diliputi kecanggihan teknologi maklumat pantas lagi terkini.
Justeru, Pas menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC), dan Asean mengambil langkah segera yang adil terhadap pelakuan jenayah ke atas etnik minoriti Muslim Rohingya di Arakan serta wilayah diduduki umat Islam di Myanmar.
“Pas menggesa PBB, OIC, Asean dan semua pihak untuk mengambil langkah segera yang adil dan menyelamatkan kemanusiaan dan tamadun ini sendiri agar tidak meletus keadaan lebih parah hingga sukar dibendung,” ujarnya.
Menurut Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, tanpa campur tangan badan dunia dari PBB, OIC, Asean dan lainnya, tidak mustahil Myanmar akan mengukir tragedi berdarah seperti pernah berlaku di Bosnia-Hazegorvina. Bahkan, mungkin lebih buruk jika tidak ditangani dengan penyelesaian segera.
Abdul Hadi berkata, junta tentera Myanmar mesti menyedari, di sebalik kuasa senjata dan keganasan dilakukan, negara mereka sedang berjiran dengan negara-negara Asia Tenggara yang dihuni lebih 300 juta umat Islam, tidak termasuk 100 juta di benua India.
“Solidariti umat Islam sedang memandang serius operasi penghapusan etnik ini dan kesabaran itu ada batasnya, jangan hingga ianya tercabar,” tambahnya lagi.

Baca juga :

Comments

Popular posts from this blog

Full Episode Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman. Sinopsis (versi novel) Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. Tonton onlin...

Full Episode Drama Biar Aku Jadi Penunggu lakonan Janna dan Ashraf

Terbaru drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula Isnin minggu depan (26 Disember 2016). Drama 28 episod ini diterbitan Saphire Screen dan arahan oleh Michael Ang. Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Dami...

Telemovie Jatuh Cinta Buta lakonan Zara Zya dan Redza Rosli

Telefilem Jatuh Cinta Buta bertema komedi romantik ini berkisar tentang perkenalan singkat di antara Zulin, seorang gadis yang tidak pernah bercinta, dengan Izlan, seorang duda dalam satu 'blind date' yang diaturkan oleh Nadya Ramanshah. Video JCButa Terbitan Zeel Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Fadzil Teh (Hj Zil) dan skrip Syarifah Kirana.   Tonton video promo