Skip to main content

Full Episode Drama Mr Donat Karamel lakonan Hafidz Roshdi




Drama Mr Donat Karamel ditayangkan di Slot Lestary TV3 pada 2 November 2016. Bersiaran sebanyak 16 episod. Adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama.

Drama ini mengisahkan mengenai Anggun Qhairah (Azira Shafinaz), seorang novelis yang banyak menghabiskan masa untuk mencari ilham di sebuah kafe sambil menikmati makanan kegemarannya, Donat Karamel. Di kafe itu dia khusyuk dan tenggelam dalam dunia ciptaannya.

Sinopsis Drama Drama Mr Donat Karamel
 
Suatu hari, terjadi satu kemalangan yang menemukan Anggun dengan seorang jejaka bernama Faiq Faiqal (Hafidz Roshdi), seorang CEO muda. Lebih malang lagi, cermin mata dan komputer yang mengandungi segala hasil kerjanya rosak gara-gara Faiq. Anggun yang rabun, tidak dapat melihat dengan jelas siapa lelaki yang telah melanggarnya.

Faiq merasa bersalah dan cuba menggantikan menggantikan barang-barang milik Anggun yang telah rosak. Ekoran daripada insiden itu juga hati Faiq telah tertawan dengan Anggun. Faiq mula gila bayang dan cuba untuk mendekatkan dirinya dengan Anggun.

Daripada seorang CEO, Faiq sanggup menukar identitinya menjadi Rafiqi. Atas bantuan adik angkat Anggun iaitu Kamil, Faiq berjaya bekerja sebagai pelayan pada hujung minggu di kafe kegemaran Anggun. Apabila mendapat tahu Anggun merupakan seorang novelis, Faiq sanggup membeli kesemua novel nukilan Anggun kononnya dia adalah peminat setia Anggun.

Anggun pula merasa senang berkawan dengan Rafiqi selain teruja mengetahui novelnya turut diminati oleh kaum lelaki. Dalam masa yang sama, Anggun rimas diganggu Zhariff (Idris Khan) yang juga menagih cintanya sejak mereka bersekolah lagi.

Zhariff sering mendesak dan apabila dia mengatakan ingin menghantar rombongan meminang Anggun mula risau. Anggun telah meluahkan segalanya kepada Faiq. Faiq yang takut Anggun terlepas ke tangan orang lain terus meminta ibu-bapanya meminang Anggun. Walaupun terkejut, Anggun menerima pinangan Faiq kerana dia tidak mahu berkahwin dengan Zhariff.

Namun, identiti Faiq terbongkar di saat akhir persiapan perkahwinan mereka iaitu apabila ingin mengisi borang pernikahan. Anggun kecewa bila mengetahui Faiq telah menipunya selama ini. Dia merasakan Faiq tidak ikhlas apabila Faiq tidak jujur dan menipunya selama ini.

Untuk membatalkan perkahwinan di saat akhir adalah mustahil. Anggun juga tidak mahu memalukan ibu bapanya dan akhirnya perkahwinan mereka diteruskan juga. Pelbagai cara dilakukan Faiq untuk kembali menawan hati Anggun, berjayakah dia?





Senarai Pelakon Antara pelakon utama yang membinngi drama ini ialah:

Hafidz Roshdi
Azira Shafinaz
Idris Khan
Fimie Don
Syazuwan DFKL
Mona Allen
Sheila Rusly
Shamsul Ghau Ghau


Drama ini diterbitan oleh JS Pictures, skrip Rehal Nuharis dan diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo).


Tengok full episode drama Mr Donat Karamel dengan klik link dibawah.


Senarai Episod : Mr Donat Karamel
Episod 1 hingga Episod 13
 




Ikuti nanti perjalanan drama Mr Donat Karamel yang diadaptasi dari novel asal karya Hanny Esandra di Slot Lestary TV3.

Comments

Popular posts from this blog

Full Episode Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman. Sinopsis (versi novel) Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. Tonton onlin...

Full Episode Drama Biar Aku Jadi Penunggu lakonan Janna dan Ashraf

Terbaru drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula Isnin minggu depan (26 Disember 2016). Drama 28 episod ini diterbitan Saphire Screen dan arahan oleh Michael Ang. Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Dami...

Telemovie Jatuh Cinta Buta lakonan Zara Zya dan Redza Rosli

Telefilem Jatuh Cinta Buta bertema komedi romantik ini berkisar tentang perkenalan singkat di antara Zulin, seorang gadis yang tidak pernah bercinta, dengan Izlan, seorang duda dalam satu 'blind date' yang diaturkan oleh Nadya Ramanshah. Video JCButa Terbitan Zeel Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Fadzil Teh (Hj Zil) dan skrip Syarifah Kirana.   Tonton video promo