Skip to main content

Konsert Gegar Vaganza Musim 3 (2016)



Program Gegar Vaganza Musim 3 masih mengekal Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacaranya manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim kekal sebagai juri profesional. Sama seperti dua musim terdahulu, GV3 tidak menggunakan khidmat penonton sebagai juri sebaliknya 100 peratus daripada juri profesional. GV3 akan memulakan konsert pertama pada 16 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria 104 dan HD 123.


Senarai Peserta Gegar Vaganza 3
Ameng Spring
Intan Sarafina
Gmie Screen
Azharina
Razif Ismail - tersingkir minggu 2
Shidee Data - tersingkir minggu 5
Rem - tersingkir minggu 3
Zur Eda - tersingkir minggu 6
Elly Mazlein - tersingkir minggu 4
Zarul Umbrella
Siti Sarah
Nora


Siapakah peserta favorate anda yang akan merangkul juara GV3 kali ini? jom jangan terlepas ikuti konsert mereka hingga ke final yo!.
 
Tonton Konsert Gegar Vaganza Musim 3 (2016) dengan klik link dibawah.

Senarai Episod : Konsert Gegar Vaganza Musim 3 (2016)
Minggu 1 hingga Minggu 8


 

Tiada sebarang konspirasi ataupun sikap pilih kasih berlaku ketika proses pemilihan peserta Gegar Vaganza 3 (GV3) tahun ini diadakan. Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad, berkata kriteria pemilihan peserta adalah sama pada setiap musim dengan seseorang penyanyi harus mempunyai lagu hit selain berupaya menyanyi secara 'live'.

"Cuma, kali ini ada kuota tertentu yang perlu diberikan perhatian. Maya pula tidak berjaya kerana dia tidak melepasi syarat ditetapkan. Begitupun, saya tidak boleh memperincikan satu persatu perkara berkenaan.


"Jika dirinya menganggap faktor menjadi duta produk sebagai alasan tidak dipilih, ia tidak benar kerana Jihan (Muse) juga duta produk lain, tetapi masih menjadi pengacara GV3," katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan 12 peserta rancangan terbabit.


Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan Mya yang antara lain mempersoalkan kriteria pemilihan yang disifatkannya sebagai kabur dan mengelirukan. Kenyataan penyanyi Matahari itu disiarkan BH Online, hari ini.


Maya Terkilan


Penyanyi terbabit juga terkilan yang dengan cara penganjur memberikan layanan selepas menjayakan uji bakat rancangan terbabit, bagi musim kedua dan ketiga. Menurut Raqim, peluang Maya untuk bertanding pada musim hadapan bagaimanapun masih terbuka.

"Saya harap janganlah ada pihak yang berkecil hati. Peluang untuk bertanding masih ada. Kami takkan senarai hitamkan Mya walaupun dia mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya. Mengenai tindakan Astro yang tidak memaklumkan lebih awal keputusan uji bakat kepada mereka yang mengambil bahagian, Raqim berkata, ia prosedur biasa selain bagi mengelakkan keputusan bocor sebelum tibanya waktu pengumuman rasmi.


Dalam pada itu, Azharina, 31, yang juga juara Bintang RTM 2001 menyifatkan lima peserta wanita lain adalah bagus. Dia sama sekali tidak menjadikan keunikan vokal dimilikinya sebagai satu kelebihan untuk menidakkan kemampuan peserta lain.

“Saya percaya ketika ini mereka sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu. Jadi saya tak boleh terlalu selesa dengan apa yang ada. Pada kedudukan sekarang saya masih lagi belajar vokal dengan komposer Julfekar.

“Jika bercakap soal persaingan sengit daripada peserta wanita, tak boleh juga kerana peserta lelaki juga memiliki kelebihan tersendiri,”
katanya.


Azharina Tidak Gentar

Azharina yang mesra disapa Nina juga tidak gentar bersaing dengan rakan baiknya, Siti Sarah. Menurut Nina, di luar pertandingan mereka tetap bersahabat dan ketika bertanding kedua-duanya perlu fokus pada persembahan.

Sementara itu, Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan berkata, dia sudah mempersiapkan diri dari semua segi.

“Semua sedia maklum saya ibu kepada tiga anak. Sejak ada anak, saya tak pernah cukup tidur. Jadi itu antara faktor kenapa saya sukar mendapatkan semula stamina.

“Namun, sejak merancang nak tampil dengan single terbaru, saya nekad untuk berubah dan mencari rentak semula. Alhamdulillah, saya sedikit demi sedikit sudah mendapatkannya semula,”
katanya yang turut mempersiapkan diri dengan mengikuti kelas vokal daripada penyanyi Ernie Zakri.


Nora Tertekan

Nora yang sejak kebelakangan ini aktif menyanyikan lagu berunsur ketuhanan mengakui berada dalam tekanan ekoran harapan yang diletakkan kepadanya.

“Daripada awal lagi terlalu banyak sokongan yang diberikan, malah besar harapan mereka untuk melihat saya melangkah lebih jauh. Sedikit sebanyak perkara itu memberi tekanan buat saya.

“Namun, apa yang ingin dilakukan adalah memberikan persembahan terbaik. Saya tak nak terlalu meletakkan harapan tinggi kerana pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Sejujurnya saya berharap dapat ke peringkat akhir,”
katanya.

Nora yang popular menerusi lagu Persimpangan Dilema menganggap mutu persembahan adalah parkara utama yang perlu dinilai.

“Tidak dinafikan semua peserta wanita memang bagus, malah sepanjang berada dalam industri muzik saya mendengar lagu mereka dan saya juga pernah sepentas dengan mereka. Jadi, saya sudah tahu kelebihan dan kemampuan setiap orang.

“Dalam soal ini saya tak boleh nak kata siapa hebat dan tidak. Vokal setiap daripada mereka unik dan bagus. Pendek kata saya memang suka. Cuma apabila bermulanya pertandingan nanti, baru penonton dapat melihat persaingan sebenar,”
katanya.


Siti Sarah Bersaing

Penyanyi yang pernah bergelar Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 2003, Siti Sarah juga mengakui peserta wanita bakal memberikan saingan sengit pada GV3 ini.

“Mereka adalah idola saya dan mereka memiliki mutu vokal yang bagus. Mana mungkin saya boleh memandang kehadiran mereka sebagai peserta biasa.

“Pendek kata, ia meletakkan saya pada kedudukan yang sengit dalam memberikan persembahan terbaik. Pada masa sama, perkara itu membuatkan saya sedikit tertekan. Bukan apa, saya pernah berhenti menyanyi selama enam tahun.

“Jadi untuk mendapatkan stamina seperti dahulu susah. Boleh dikatakan keadaan saya sekarang jauh berbeza dengan dahulu. Cuma apa saya boleh lakukan adalah mencuba yang terbaik,”
katanya.


Zarul Saingan Peserta Wanita

Sementara itu, Zarul turut bersetuju apabila dikatakan saingan sengit datang daripada enam peserta wanita terbabit.

“Siapa yang boleh menafikan kehebatan vokal Nora, Sarah, Zur Eda dan Azharina. Mereka bukan saja cemerlang dalam genre masing-masing, malah berkeupayaan menyanyikan lagu daripada genre lain.

“Bukan saja saya, malah orang lain pasti berpendapat sama. Pada masa sama, perhatian patut diberikan kepada peserta lelaki juga. Mungkin di pentas GV ini baru masing-masing mempamer kelebihan vokal yang dimiliki,”
katanya.


Saksikan nanti Konsert Gegar Vaganza setiap minggu hari Ahad 9 malam di saluran Astro Ria.

Comments

Popular posts from this blog

Full Episode Drama Sayang Papa Saya Tak? lakonan Hisyam Hamid dan Emma Maembong

Drama Sayang Papa Saya Tak? adalah adaptasi dari novel karya Hanni Ramsul. Buat masa ini drama tersebut masih dalam pengambaran. Diterbitan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan pengarah Amie Maziah Abdul Rahman. Sinopsis (versi novel) Farish mengahwini Raisya atas desakan ibunya walaupun dia tidak suka pada gadis mata duitan itu kerana anaknya terbiar tanpa kasih sayang seorang ibu setelah kematian Kasih. Anaknya perlukan seorang ibu dan dia sendiri tidak kuat untuk menjaga anaknya itu. Mereka berkahwin dan mula mencipta kisah yang penuh warna-warni dalam rumah tangga mereka. Saling mengenali satu sama lain, Raisya memberi impak positif untuk dia bangkit semula. Perlahan-lahan dia mula jatuh cinta untuk kali kedua, memberi ruang untuk Raisya sesuaikan diri sebagai seorang isteri. Namun… emosi Raisya terdera dengan kehadiran Azyan, kawan baik arwah Kasih dan juga Aleya, bakal tunang Fakhrul, adik kembar Farish yang turut meninggal dunia bersama Kasih. Tonton onlin...

Full Episode Drama Biar Aku Jadi Penunggu lakonan Janna dan Ashraf

Terbaru drama Biar Aku Jadi Penunggu yang akan bersiaran di Slot Akasia TV3 bermula Isnin minggu depan (26 Disember 2016). Drama 28 episod ini diterbitan Saphire Screen dan arahan oleh Michael Ang. Sinopsis Drama Biar Aku Jadi Penunggu Biar Aku Jadi Penunggu mengisahkan Ifaat Hamani (Janna Nick) yang sebenarnya menaruh perasaan terhadap Afeef Adwan (Ashraf Muslim) dalam diam dan berharap agar mereka dapat hidup dengan bahagia setelah Afeef pulang dari luar negara, seperti mana yang dijanjikan olehnya. Namun, perasaan keliru mula wujud dalam hati Ifaat apabila Afeef langsung tidak pernah menghubunginya setelah dia berlepas ke luar negara. Ifaat tertanya-tanya bahawa adakah dia telah melakukan kesilapan dengan mengahwini seorang lelaki yang langsung tidak mencintainya. Selepas tiga tahun tanpa sebarang khabar berita, Afeef telah mengejutkan semua orang dengan kepulangannya ke tanahair bersama seorang anak lelaki. Rupa-rupanya, Afeef telah mendirikan rumahtangga bersama Dami...

Telemovie Jatuh Cinta Buta lakonan Zara Zya dan Redza Rosli

Telefilem Jatuh Cinta Buta bertema komedi romantik ini berkisar tentang perkenalan singkat di antara Zulin, seorang gadis yang tidak pernah bercinta, dengan Izlan, seorang duda dalam satu 'blind date' yang diaturkan oleh Nadya Ramanshah. Video JCButa Terbitan Zeel Production Sdn Bhd, diarahkan oleh Fadzil Teh (Hj Zil) dan skrip Syarifah Kirana.   Tonton video promo